" Cah bangun subuh2.." gerak kak dila. Awal2 pagi ade je org saling mengejutkan. Kadang2 sye,kdg2 akak2.. huhu.. tambhn pulak sekarang musim syita'(sejuk) memang susah nak dengar azan sebab seluruh badan dibaluti dengan hirom(selimut tebal) !! ^__^
Selepas subuh kami biasanya akan berbincang nak sarapan ape.. hehe.. sye le yg banyak bertanya akak2 ni.. "Akak lapo.. nak makan pe ye pagi ni? :( " hehehe.. sye adik bongsu dalam bayt sye ni.. sebab tu manja! ^_^ Akak2 layan sye macam adik mereka sendiri.. x banyak songeh pon.. huhu.. ade kak long insyi, ade kak cik zu, kak syeda, kak wardah, kak fira,dan kak sebilik sye yg sye sayangi, kak dila :)
Bayt kami satu syuqoh dengan bayt UG Indah. Mereka pon termasuk family sye di sini. Kami rapat sangat2. Ada kak mama BPP kite Mardhiah, kak wane,kak dayah(ummu ying :P),salmi, n adik baru syaza. Kadang2 bila mereka ade masak somethings special, mereka akan hulur2 makanan itu ke atas(bayt kami) ^__^ dan kami juga begitu. Dan kadang2 kiteorg saling menjemput makan bersama2 di bayt masing2. Makan malam @ makan tengahari bersama2 .. Allah.. sweetnya berukhwwah keranaMU..
Masih segar di memori ini tentang kisah "hitam" kami di syuqoh ini.. Awal tahun ini terdapat penceroboh yang cuba hendak memasuki rumah kami. "Cah bangun2!! cepat2!!" kejut akk rmh. Sye tersentak dari tidur, terus bangun! Sye masih terpinga2. Ape yg sdg terjadi? Lalu sye pergi ke tempat akak2 berkumpul dan bertanya. " tadi akak ade dengar org nak cuba buka grill tingkap bilik akak tu, tu la akak bangun, akak takot! "jelas akak itu. Serta merta seluruh tubuhku menggigil ketakutan dan kesejukan! kejadian itu berlaku dalam jam 2 @3 pagi. Akak2 menelefon syabab meminta tolong. Ya Allah besarnya pengorbanan mereka yg sanggup meredah kesejukan syita' demi keselamatan kami, moga Allah membalasnya.
(Bersama ahli bayt Bustan!! ^_^)
Bayt Bustan. Ya Allah aku sayang sangat2 ukhuwwah ini! Terima kasih ya Allah kerana aku terpilih dalam kalangan mereka. Bayt kami memang happening! Ibarat family di malaysia. Selalunya bayt kami akan meriah. Kalau sunyi pon waktu semua org tido @ study. Kami suka berkumpul ramai2, pakat menceritakan cerita masing2 ^_^ . Tempat port mereka di mana lagi, bilik sye la,,huhu,, dalam banyak2 bilik kat bayt ni, bilik sye yg paling kecik ni la menjadi pilihan. Sebab? sebab bilik sye agak panas cz kecik kan. hehe.. Selalunya bila sye melawat rumah kawan2 lain.. selalu sunyi.. suasana family kurang wujud. Masing2 wat kerja masing2 dalam bilik masing2. Amat lain suasana mereka dengan bayt sye.
(bersama dengan satu syuqoh baba di pagi aidiladha ^_^)
(http://www.youtube.com/watch?v=asK1InZcazA ) <--- video yg kami buat khas untuk bayt UG indah sempena program MCD dan telah mendapat tempat kedua ^__^
Bila tiba hari jadi seseorang ahli bayt, kami pasti ada plan utk menyambutnya. Huhu.. kdg2 tidak terjangka plan nya sebegitu. Sye ingat lagi waktu hari jadi sye. Besday sye sama dgn kak fira dan kak wani! Ramai bukan ! hehe~ Mereka masak beramai2. Macam2 masakan mereka masak. Waktu itu selepas beberapa hari tarikh hari jadi kami. Sye memang x menjangka la mereka nak sambut, ingat nak makan ramai2 macam biasa la, jadi sye ternganga gak la bila mereka membawa kek kepada kami. huhuhu.. so sweet~~ *_* ..
Kami suka berjalan ramai2 bersama. Pergi solat raya beramai2, membeli belah sama2, dan kadang2 tu sebab bosan sangat duduk rumah, kami jalan2 sahaja di mu'tah ini, amik angin petang.. huhu..
Di malam raya dan sehari sebelum raya juga meriah di sini. Kami masak ramai2 , masak rendang, nasik impit, kuih2 dan lain2.. wahhh sedih mengenangkan raya di perantauan, tapi bahagia raya bersama mereka!
Kadang2 ade je mulut2 yg bahagia melihat betapa rapatnya kami. " bagus bayt bustan n bayt ug ni.. kome rapat sgt, suke tgok :) " Syukur ya Allah ^__^
Bulan 6 yg lepas sye balik cuti selama 3 bln di Malaysia. Ya Allah betapa rindunya hati ini pada mereka!! bergila2 bersama mereka ada isi! Tanpa mereka juga sye sunyi.. Oleh itu , kadang2 sye skype dgn mereka . Betapa bahagianya bila dapat skype bersama mereka ^__^. Mereka juga sunyi tanpa sye, yela, bdk yg agak bising di bayt. hehe... :P
Kini sudah hampir setahun 6 bulan kami bersama. Allah2... cepatnya masa berlalu..mereka lah yang menemani sye susah senang di bumi syam yg penuh barokah ini. Family sye disini! Jika dalam family di Malaysia sye punyai ramai abang, di Jordan sye punyai ramai kakak! ^__^ .Tahun depan insyaAllah kami akan kehilangan 2 org kakak yg disayangi, kak long insyi dan kak fira. Mereka nak khirij fasal soifi nanti insyaAllah.. sayu hati ini ingin melepaskan mereka. Kami juga akan pindah rumah, rumah ini akan diduduki anak baba. Jadi kami kene pindah dari sini. Sedihnya nak tinggalkan bayt dan syuqoh ini. Tapi nak wat camna. Moga Allah sentiasa pelihara kami dari segala bencana dan kekalkanlah ukhuwaah yg mulanya dibina keranaMU ya Allah. SO SWEET NYE UKHUWWAH INI!!! Sayang kalian kerana Allah. ^__^